Wednesday, 1 October 2014

MENGAPA SEMUA PENIAGA MEMERLUKAN KHIDMAT PENERJEMAHAN?

Sebagai seorang yang bekerja dalam industri bahasa, saya biasa melihat premis-premis perniagaan dan golongan professional yang tidak memahami keperluan untuk mendapatkan khidmat penerjemahan professional, tidak faham manfaat yang diperoleh dari adanya bahan ‘marketing’ yang diterjemah ke dalam bahasa-bahasa antarabangsa. Selalunya mereka menganggap mendapatkan khidmat penerjemahan sebagai suatu perbelanjaan yang membazir.
            Fakta menyatakan setiap syarikat yang berniaga di pasaran antarabangsa, atau syarikat yang ingin melebarkan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa, atau ingin berhubung dengan pelanggan dan kakitangan di serata dunia, menerjemah dokumen syarikat, laman web syarikat mahupun bahan ‘marketing’ akan membawa hasil yang positif dan menguntungkan.


            Fakta ini dikuatkan lagi dengan hasil dapatan dari sebuah kaji selidik yang dijalankan oleh Common Sense Advisory, sebuah syarikat pengkaji pasaran yang pakar dalam menjalankan penyelidikan trend industri dengan perkhidmatan bahasa, terjemahan, penyetempatan, pentafsiran dan globalisasi.
Kaji selidik bertajuk “Translation at Fortune 500 Companies” tersebut menunjukkan bagaimana 500 buah syarikat besar menggunakan sekaligus meraih keuntungan dari khidmat penerjemahan. Hasil dapatan kajian tersebut menjadi bukti bagaimana syarikat-syarikat yang menggunakan khidmat penerjemahan berjaya melebarkan perniagaan dan meningkatkan keuntungan.
Kajian itu menyimpulkan bahawa daripada kesemua syarikat yang dikaji, kebanyakannya menambah pelaburan mereka dalam perkhidmatan penerjemahan sepanjang urusniaga 2011, dan sebagai hasil, mereka semua mendapat pulangan yang jelas dengan mencatatkan pertumbuhan dalam pendapatan.
Ringkasan hasil dapatan kajian tersebut seperti berikut:

  •  Perniagaan yang memperluaskan belanjawan mereka untuk penerjemahan mempunyai 1.5 kali ganda potensi melaporkan peningkatan hasil berbanding syarikat-syarikat lain.
  • Syarikat-syarikat yang menerjemah maklumat untuk berhubung atau menarik rakan kongsi mereka mempunyai potensi 2.67 kali ganda untuk mengalami peningkatan hasil. Malah mereka berpotensi 2.6 kali ganda untuk menjana keuntungan yang lebih baik.
        Benar, syarikat-syarikat besar dalam kajian tersebut mempunyai belanjawan yang lebih besar untuk diperuntukan dalam perkhidmatan penerjemahan  berbanding syarikat kecil atau sederhana.
            Walau bagaimanapun, kajian tersebut jelas menunjukkan, sekiranya sesebuah syarikat telah atau sedang mencuba untuk membuat kemunculan bertaraf antarabangsa, atau sekiranya sesebuah syarikat berurusan dengan pelanggan dari pelbagai bangsa, khidmat terjemahan merupakan jalan terbaik bagi mencapai matlamat-matlamat ini.

Dari menerjemah laman web, email mahupun brosur, kesemuanya membawa manfaat jangka panjang. Khidmat terjemahan sepatutnya menjadi sebahagian daripada strategi pemasaran dan pembangunan perniagaan jangka panjang setiap syarikat!

            Kami di Accura Translation House memberi anda perkhidmatan penerjemahan terbaik dan kami menjanjikan standard kualiti yang tinggi kepada anda. Jangan buang masa lagi, jadikan usaha anda bertaraf antarabangsa!
Hubungi kami di: accurahouse@gmail.com

No comments:

Post a Comment