Thursday, 2 October 2014

DARI MALAYSIA KE UAE!


Alhamdulillah, tsummalhamdulillah,,,, hari ini saya berjaya menggunakan kepakaran saya, membantu melancarkan perjalanan seorang profesor ke UAE. Beliau ialah ketua kepada department of Quranic-Lab, sebuah projek tajaan Sultan Brunei Darussalam, yang dijalankan oleh salah sebuah universiti tanah air. Q-Lab bermaksud pusat kajian khas untuk mengkaji segala yang berkaitan dengan al-Quran.

Tujuan beliau ke sana dan beberapa negara berdekatan lain ialah untuk melawat 'Lab al-Quran' yang ada di sekitar tanah arab, berkenalan dan membina hubungan kerjasama. 

Untuk membina hubungan baik dengan sesuatu bangsa atau negara, jalan yang PALING MUDAH, PALING CEPAT, PALING BERKESAN ialah dengan menggunakan BAHASA negara tersebut (dalam kes kali ini, bahasa Arab & Inggris). Maka langkah pertama yang beliau lakukan sebelum menjelajah ke sana ialah: MENERJEMAH segala brosur, 'booklet', 'slidehow', video dll tentang Q-Lab tersebut (asalnya dalam BAHASA MELAYU) ke dalam BAHASA ARAB & INGGRIS.

Ha... di sinilah datangnya peranan saya. (Lupa perkenalkan, sayalah pegawai terjemahan universiti tersebut) 10 hari sebelum beliau berangkat, segala "marketing kit" tersebut dah dilambakkan di meja saya. Ape lagi, xmenang tanganlah jawabnya. Tapi xpe, saya suka menerjemah. Sebab depan mata saya dah terbayang, macam mana projek tersebut yang asalnya hanya tempatan, bakal menjadi ANTARABANGSA dengan sumbangan hasil tangan saya ni, In syaa Allah....  Perkara yang lebih menambah semangat saya lagi, saya sedang menerjemah untuk projek al-Quran, dengan harapan bahawa sedikit sebanyak, dapatlah saya menumpang berkat dan syafaatnya di akhirat nanti, Amiiin..

Jadi dipendekkan cerita, bila petang tadi nampak profesor tu bersiap sedia untuk berangkat, pastu nampak pula dokumen2 bahasa Arab dan Inggris yang panas lagi sebab baru keluar printer tu... hati ini berbunga.. Prof, semoga selamat pergi & balik, semoga projek Q-Lab ni mencapai matlamatnya dan dapat berkongsi manfaatnya ke peringkat ANTARABANGSA, semoga segala usaha ini mendapat pandangan rahmat-Nya. Amiinn..
Semoga kepakaran saya yang Allah rezekikan ini dapat saya gunakan untuk ikhlas membantu lebih ramai orang lagi... Amiin..

Kami di Accura Translation House memberi anda perkhidmatan penerjemahan terbaik dan kami menjanjikan standard kualiti yang tinggi kepada anda. Kami berjanji semua terjemahan atau menyunting akan selesai dalam masa yang dijanjikan kepada anda. Jangan buang masa lagi, jadikan usaha anda bertaraf antarabangsa!
Hubungi kami di: accurahouse@gmail.com

No comments:

Post a Comment